Menurut Pakar Terapi Pediatrik, Cris Zone
menyarankan kanak-kanak di bawah 12 tahun di larang menggunakan gajet atas
beberapa sebab:
Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak
membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun
(Christakis 2011). Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan
pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad,
televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan
perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas,
peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal
selia diri, contohnya mengamuk (Small 2008, Pagini 2010).